GSA - Gold Storage Account

GSA adalah akaun simpanan emas digital anda yang bersandarkan emas sebenar . Ia ibarat seperti akaun bank yang memaparkan transaksi dalam bentuk ringgit , namun perbezaannya GSA adalah transaksi dalam bentuk gram emas.

Beli dan Jual Emas

Beli & Jual emas menerusi aplikasi QMGold atau Website Quantum Metal . Quantum Metal tidak mempunyai cawangan atau membuka kedai / kiosk belian dan jualan emas. Semuanya di atas talian dan sah disisi undang-undang.

Beli dan Jual Emas

Anda boleh pindahkan gram emas anda kepada mereka yang mempunyai akaun emas Quantum Metal . Tanpa sebarang caj

Pengeluaran Fizikal

Ya, pengeluaran fizikal juga di atas talian. Ada 3 cara :
1. Penghantaran terus ke rumah melalui servis kurier
2. ATM gold. Di Malaysia ada 4 mesin ATM gold iaitu di Penang, PJ, JB dan Kuching
3. Cawangan Ar Rahnu Tekun terpilih di seluruh Malaysia

GCA - Gold Convert Account

GCA ini adalah fasiliti terbaik yang ditawarkan dalam GSA. GCA ( Gold Convert Account) ibarat seperti konsep Ar Rahnu (pajakan) tetapi tiada risiko emas di lelong dan caj pengurusan yang rendah

Mendapat 100% pegangan emas (gram)

Anda akan dapat nilai emas anda dalam gram dan tukaran emas bedasarkan pegangan emas anda di akaun GSA

Tukaran Emas 91%

Fungsi GCA adalah untuk tukaran emas anda kepada tunai maksimum 91% berdasarkan simpanan gram emas di GSA anda.

Kos Pengurusan 3.5% setahun

Kos pengurusan emas yang terendah di dunia. Hanya 3.5% setahun

Tiada Lelongan

Mungkin emas anda pernah di lelong atau pun pernah mendengar tentang emas orang lain di lelong kerana tidak sempat menebus kembali emas mereka di Ar rahnu / pajak gadai , Tetapi ini tidak berlaku dalam Quantum Metal walaupun anda tidak membayar kos pengurusan sekali pun.

Tanpa Had Masa

Anda boleh tebus bila-bila masa. Ketika anda tebus, baru kos pengurusan akan di hitung.

GAE10X - GOLD ASSET ENHANCEMENT

Maksimumkan aset emas anda sehingga 10 kali ganda menggunakan pembiayaan tawaruq murabahah.

Tiada di tawarkan di mana mana platform simpanan emas yang patuh syariah , hanya ada di Quantum Metal sahaja.

GAE di jual dalam bentuk unit

Penerangan Ringkas

Contoh pada masa anda beli 1 unit GAE10X dapat 4 gram ( bila harga berubah , gram juga berubah , tidak tetap ) QM pula menawarkan Tawarruq Financing sebanyak 9 unit lagi . Makanya anda mempunyai 40 gram emas di akaun GAE

Keuntungan daripada kenaikan harga emas akan dikira berdasarkan 40 gram. Jika 1 gram naik RM10, maka anda akan mendapat keuntungan RM10 X 40, iaitu RM400. Anda boleh menebus atau membuat pengeluaran on the spot .

Yuran pengurusan pula akan dikira mengikut hari, sekiranya anda jual sebelum cukup tempoh setahun, baki akan dipulangkan semula bersama jumlah modal dan keuntungan yang di perolehi .

Yuran tersebut hanya 3.5% setahun keatas jumlah pembiayaan yang diberikan sahaja. Tidak ada syarikat lain yang menawarkan produk seperti ini, dimana anda membeli 1 unit tetapi mendapat nilai emas 10 kali ganda dari modal pembelian. Ramai yang mengambil peluang untuk mendapat keuntungan melalui produk GAE ini.

Jika anda membeli GAE10x bermodalkan RM10,000.00, anda akan mendapat emas GAE10X yang bernilai RM100,000.00. Keuntungan yang bakal anda terima daripada kenaikan harga emas adalah berdasarkan nilai RM100,000.00 tersebut.

Inilah peluang terbaik untuk anda memaksimumkan simpanan anda.

Bagaimana Caranya ?

Kami akan bimbing anda untuk melakukan pembelian emas pada harga rendah dan jual pada harga yang lebih tinggi. Kami telah sediakan PANDUAN & KALKULATOR KHAS untuk anda lebih mudah faham tentang GAE10X Kelas-kelas secara dalam talian juga turut diadakan untuk memberikan pemahaman yang mendalam tentang Gold Asset Enhance (GAE)

GOLD ASSET ENHANCE 10X

1 unit GAE10X berharga USD250 + Yuran pengurusan 3.5% (USD78.75)

Ambil keuntungan bila-bila masa

Keuntungan bedasarkan kenaikan harga emas semasa dunia.

Tiada Margin Call

Tiada risiko margin call sekiranya harga emas sedang jatuh. Anda hanya perlu ada holding power dan buying time

Boleh jual bila-bila masa

Tiada lock masa , atau tempoh bertenang . Sekiranya anda telah mendapat keuntungan anda boleh terus jual dan membuat pengeluaran terus ke akaun bank anda . Tiada syarat perlukan tinggal minimum baki gram emas dalam akaun emas QM anda